Wednesday, March 12, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Industri muzik penuh toksik, berat sebelah – Ariff Bahran

    Sekian lama menyepi daripada industri seni, penyanyi Ariff Bahran berkongsi punca dia memilih untuk memperlahankan karier muziknya.

    Memetik laporan mStar, kata Ariff atau Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 27, dia berasa kecewa terhadap industri muzik yang penuh dengan kepalsuan dan ketidakadilan.

    Baginya, dunia muzik tidak seindah seperti yang dipaparkan di media sosial, sebaliknya penuh dengan tekanan.

    “Terima kasih untuk hantaran ini. Kepada yang kata potensi terbuang (wasted potential) dan saya tak nak menyanyi lagi.

    “Baiklah.. industri ini sangat toksik dan berat sebelah. Tidak seindah yang awda lihat dalam media sosial,” katanya.

    Ariff tidak mahu lagi terlibat dalam industri muzik. – beautifulnara

    Ariff berkongsi perkara itu sebagai menjawab persoalan peminat yang berpendapat bakatnya kurang dihargai.

    Dalam pada itu, Ariff berterima kasih kepada semua yang masih mendengar dan menyokong karyanya sebelum ini.

    “Terima kasih untuk sokongan awda,” ujarnya.

    Untuk rekod, Ariff mendirikan rumah tangga dengan Amira Syazwani pada 3 September 2021.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Mikhael, 3 dan Lyla Marissa yang kini berusia setahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda