Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Nov – Usaha Negara Brunei Darussalam dalam mempelbagaikan ekonomi dengan meletakkan pelancongan sebagai salah satu sektor yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan mapan ekonomi negara mula menampakkan hasil.
Industri pelancongan Brunei dalam suku kedua 2017 menunjukkan jumlah ketibaan pelancong antarabangsa melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei meningkat sebanyak 25.7 peratus iaitu seramai 65, 747 orang pelancong berbanding seramai 52, 292 orang pelancong pada suku kedua 2016.
Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), di sini, hari ini, daripada segi pertumbuhan, ketibaan pelancong bagi suku kedua 2017 telah menunjukkan prestasi yang positif dan mantap dengan peningkatan sebanyak 25.7 peratus dari tahun ke tahun.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn