Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Industri pelayaran ambil inisiatif ‘hijau’

    ANTARTIKA – Industri pelayaran, telah lama dikritik kerana mencemarkan alam sekitar, namun secara perlahan-lahan industri ini cuba mengambil inisiatif ‘hijau’ dengan meneroka teknologi baharu, dari penyelesaian hibrid ke layar berteknologi tinggi.

    Pencemaran udara

    Industri pelayaran mendapat reputasi yang buruk khususnya terhadap kesan iklim yang mencemarkan udara daripada apa yang mereka hasilkan. Kebanyakan kapal pelayaran beroperasi dengan bahan api yang banyak, murah akan tetapi penuh dengan bahan yang berbahaya – seperti sulfur oksida, nitrogen oksida dan ‘fine particles’ – yang meningkatkan risiko penyakit pernafasan dan kardiovaskular.

    Penggunaan bahan api yang banyak itu kini dibenarkan di mana-mana kecuali di Antartika. Sebanyak 203 kapal pelayaran di Eropah menghasilkan lebih daripada 10 juta tan pelepasan karbon dioksida pada tahun 2017 – bersamaan dengan pelepasan tahunan Luxemburg atau Cyprus – menurut laporan oleh Kumpulan Kempen Pengangkutan dan Alam Sekitar.

    Kajian mereka turut mendapati bahawa kapal-kapal memancarkan sekurang-kurangnya 20 kali lebih banyak sulfur oksida berbanding 260 juta kereta di jalan raya Eropah walaupun beberapa kemajuan sedang dibuat namun ia masih perlahan.

    “Hanya sebahagian kecil daripada kapal-kapal persiaran ini semakin bersih, sementara industri tersebut semakin terus bergantung kepada bahan api yang banyak dan gagal menggunakan teknologi ekzos,” kata NGO, Jerman, Nabu berkaitan kedudukan kapal pelayaran tahun 2019 yang mengakibatkan pencemaran udara dan perubahan iklim.

    Penggunaan bahan api yang banyak itu kini dibenarkan di mana-mana kecuali di Antartika. – AFP
    Kajian mereka turut mendapati bahawa kapal-kapal memancarkan sekurang-kurangnya 20 kali lebih banyak sulfur oksida berbanding 260 juta kereta di jalan raya Eropah. – AFP

    Tahap sulfur yang dibenarkan dalam bahan api kapal akan dikurangkan daripada 3.5 peratus kepada 0.5 peratus di bawah peraturan Pertubuhan Maritim Antarabangsa baharu bermula 1 Januari 2020. Di beberapa kawasan, seperti Laut Utara dan Laut Baltik, tahap maksimum yang diberikan terhadap bahan api sudah mencapai sekitar 0.1 peratus.

    Laluan baharu

    Syarikat Norway, Hurtigruten telah melancarkan kapal pelayaran diesel-elektrik pertama di dunia, Roald Amundsen, khususnya pada musim panas ini dengan dilengkapi dua pek bateri lithiumion yang melengkapkan empat enjin dieselnya – serupa dengan Toyota Prius.

    Bateri tersebut akan menyediakan sumber tenaga yang diperlukan bagi memenuhi permintaan kuasa tanpa perlu menggunakan enjin yang lain sekali gus mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan karbon dioksida sebanyak 20 peratus, menurut Hurtigruten.

    Pembuat kapal Perancis, Ponant memilih untuk hibrid dengan dorongan LNG/bateri, dua bahan bakar untuk kapal pelayaran, Le Commandant Charcot, dijangka akan siap pada tahun 2021. Kapal, yang akan belayar ke Kutub Utara akan menjadi pelepasan sifar dan pelayaran dalam mod elektrik, yang boleh dilakukan selama beberapa jam.

    Banyak kapal-kapal pelayaran melihat ke masa lalu untuk mendapatkan sumber inspirasi, terutamanya kuasa untuk pelayaran. Chantiers de l’Atlantique, sebuah limbungan kapal Perancis, telah membangunkan satu siri pelayaran baharu bernama Silenseas. Kapal ini dijangka akan mengurangkan pelepasan dan menggunakan sejenis kuasa belayar khas bersama-sama dengan tenaga bersih yang lain seperti LNG dan bateri.

    Syarikat-syarikat seperti Aida dan American Princess Cruises telah memutuskan untuk mengubah suai kapal mereka supaya boleh memasang grid elektrik di atas tanah berbanding menjalankan operasi enjin mereka, yang merupakan punca utama pencemaran di pelabuhan yang mereka lawati. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda