Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Industri perkilangan China stabil

    BEIJING, 1 Nov – Kegiatan kilang di China stabil dalam bulan Oktober, menurut data bebas yang dikeluarkan hari ini, sehari selepas bacaan rasmi yang mengecewakan yang menunjukkan bahawa pertumbuhan pengeluaran lembap.

    Ekonomi kedua terbesar dunia ini telah mencatatkan pertumbuhan 6.8 peratus dalam suku ketiga tahun ini, menurun dari 6.9 peratus dalam dua suku pertama.

    Namun pakar-pakar memberi amaran tentang kelembapan di hadapan ketika negara mengetatkan kawalan kewangan untuk memperlahankan langkah pertumbuhan hutang dan mengurangkan pengeluaran di timur laut untuk menangani kualiti udara teruk negara itu.

    Indeks Pengurus Pembelian Caixin (PMI) – penunjuk keadaan pengilang-pengilang kecil – dicatatkan pada 51.0 pada bulan Oktober – tidak berubah dari bulan sebelumnya.

    Angka PMI di atas 50 merupakan pertumbuhan, manakala di bawah mata itu menunjukkan pengecutan.

    “Data tinjauan Oktober menandakan peningkatan kecil seterusnya dalam keadaan operasi pengilangan di seluruh China,” Caixin menyatakan dalam satu kenyataan dengan penyusun data, IHS Market. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda