BEIJING, 8 Nov – Industri perkomputeran awan China akan berkembang sebanyak sekurang-kurangnya 30 peratus secara purata setiap tahun dalam tempoh lima tahun akan datang, demikian menurut laporan industri terbaru.
Menjelang tahun 2020, saiz pasaran agregat industri perkomputeran awan negara dijangka mencecah 686.6 bilion yuan, menurut Laporan Prospek dan Perancang Strategi Pelaburan mengenai Industri Perkomputeran Awan China (2017-2022) yang diterbitkan oleh Forward Intelligence Co. Ltd., institut penyelidikan pasaran khas.
Industri perkomputeran awan negara telah mengalami pertumbuhan memberangsangkan sejak 2010 dan saiz pasarannya mencecah 178.2 bilion yuan pada 2016, meningkat 18.8 peratus tahun ke tahun, kata laporan.
Pertumbuhan didorong terutamanya oleh jabatan awam, yang berfungsi sebagai pelanggan dan kerajaan, serta oleh operator telekom, pembekal perkhidmatan.
Infrastruktur berasaskan awan atau infrastruktur sebagai satu perkhidmatan (IaaS) memain peranan utama dalam pembangunan industri, sementara faktor termasuk penggunaan platform sebagai satu perkhidmatan (PaaS) dan perisian sebagai satu perkhidmatan (SaaS) juga berkembang pesat, menurut laporan.
Kerajaan pusat mengutamakan penggunaan teknologi maklumat, termasuk perkomputeran awan dan Internet, untuk merangsang ekonomi digital, tatkala penggunaan maklumat, bayaran peranti dan e-dagangan berkembang pesat di negara. – Xinhua