Tuesday, February 11, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Industri robot pintar China meningkat pada 2024

    BEIJING, 10 FEB – Menjelang akhir tahun 2024, jumlah perusahaan dalam industri robot pintar di China telah mencapai 451,700, dengan jumlah modal berdaftar sebanyak 6.44 trilion yuan (AS$880 bilion), menurut Pentadbiran Negeri untuk Pengawalan Pasaran.

    Jumlah perusahaan dalam industri itu meningkat sebanyak 19.39 peratus berbanding dengan akhir tahun 2023, menunjukkan trend pertumbuhan yang stabil dalam perkembangan industri robot pintar di China.

    Hampir 80 peratus daripada perusahaan itu tertumpu pada tiga sektor utama, iaitu penyelidikan saintifik dan perkhidmatan teknikal; penghantaran maklumat, perkhidmatan perisian dan teknologi maklumat; serta peruncitan dan borong, menurut pentadbiran tersebut.

    Wilayah timur negara itu, dengan kelebihan geografi yang jelas, kekuatan penyelidikan dan pembangunan yang kukuh, serta ekosistem industri yang mantap, telah menjadi pusat yang menempatkan kira-kira dua pertiga daripada perusahaan industri robot pintar di China.

    Jumlah perusahaan dalam industri itu di wilayah tengah dan barat laut China masing-masing menyumbang sebanyak 15.33 peratus dan 14.97 peratus daripada jumlah keseluruhan. – Xinhua

    Robot humanoid dipamerkan di Wuhan, Wilayah Hubei tengah China pada 5 Februari. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda