MUNICH, 2 OKT – Industri solar di Eropah mungkin memerlukan beberapa ratus ribu pekerja mahir tambahan dalam beberapa tahun akan datang, menurut satu laporan yang dikeluarkan pada hari ini.
Menurut laporan oleh Solar Power Europe (SPE), sektor itu di Kesatuan Eropah telah mencipta kira-kira 648,000 pekerjaan ‘bersamaan sepenuh masa’ menjelang tahun lalu, kebanyakannya dalam pemasangan.
Menjelang 2027, jika ledakan tenaga solar berterusan, jumlah itu boleh mencecah 1.2 juta dalam ‘senario sederhana’, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Permintaan terbesar untuk pekerja mahir adalah di Jerman.
Di antara pekerja yang berbeza, keperluan terbesar adalah pekerja pembinaan dalam bidang pemasangan serta jurutera perancangan dan elektrik.
Industri solar bimbang bahawa kekurangan pekerja mahir boleh menjadi penghalang kepada pertumbuhan pesat. – Bernama