Wednesday, January 22, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Industri sukan berpotensi untuk dikembangkan

    PUTRAJAYA, 12 DIS – Industri sukan Malaysia mempunyai potensi untuk berkembang dengan lebih pesat, namun tindakan perlu diambil untuk memastikan tiada lagi kerosakan berlaku akibat masalah korupsi selain menentukan sektor itu tidak dianaktirikan selepas ini.

    Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata arena sukan Malaysia seharusnya bebas daripada sebarang amalan korupsi, ketidakcekapan dan ketirisan bagi mengangkatnya ke tahap lebih tinggi.

    “Saya yakin pengamal media yang membuat liputan tentang sukan tahu sangat masalah ini.

    Ia masalah dalaman sebenarnya sebab saya percaya ia bukan tentang prestasi atlet.

    “Kita ada ramai atlet bertaraf dunia yang berjaya bawa emas untuk negara di kejohanan antarabangsa, tetapi selalunya bila kita meneliti secara mendalam, ia berkaitan isu korupsi, jadi kita perlu menguruskan isu ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam sidang media pertama selepas melaporkan diri secara rasmi di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini kelmarin.

    Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KBS, Abdullah Hasan dan Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KBS. – Bernama

    Adam Adli semasa sidang media di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda