Saturday, March 1, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Infak air balang perkukuhkan nilai keimanan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Sempena penutup Jumaat pada bulan Syaaban dan sempena menyambut kedatangan bulan suci Ramadan, sebuah syarikat pembekal air balang iaitu Mim Nun.bn petang tadi mengadakan satu projek infak besar-besaran yang dinamakan ‘Sinar Keikhlasan Infak Selamat Datang Ramadan’.

    Projek tersebut diungkayahkan oleh 15 orang ahli pasukan Mim Nun.bn yang terdiri daripada anak-anak tempatan.

    Projek ini berjaya menghasilkan sebanyak 20 balang bersaiz besar hasil yang diproduksi sendiri dari syarikat tempatan.

    Air balang berkenaan diagihkan ke enam buah masjid terpilih di Daerah Brunei dan Muara yang bertujuan untuk memupuk sikap ikhlas dalam memberi pada hari Jumaat dan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan berinfak air minuman balang kepada jemaah masjid.

    Projek itu merupakan satu inisiatif kebajikan yang memberi peluang kepada orang ramai untuk sama-sama menyumbangkan dengan seikhlas hati.

    Inisiatif tersebut tidak hanya memberikan manfaat kepada jemaah masjid, tetapi juga memperkukuhkan nilai-nilai keimanan dalam diri penyumbang infak.

    Ahli pasukan Mim Nun.bn bergambar ramai bersama air balang untuk diagihkan kepada masjid terpilih. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda