Tuesday, March 11, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Infak Ramadan 3.0 ringankan beban

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TEMBURONG, 10 MAC – Bersempena mengambil keberkatan bulan suci Ramadan, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong turut tidak ketinggalan dalam mengadakan program sumbangan berbagi rezeki menerusi Infak Ramadan 3.0 kepada 10 buah keluarga yang terdiri daripada golongan asnaf, baru-baru ini.

    Hadir bagi menyempurnakan penyerahan sumbangan berupa barangan keperluan asas harian yang dihantar ke rumah-rumah para penerima yang terpilih itu ialah Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Awang Harris Hamdillah bin Haji Masri.

    Barangan sumbangan yang diagih-agih itu diperoleh melalui hasil sumbangan derma pegawai dan kakitangan jabatan tersebut dengan objektif utama bagi sama-sama membantu meringankan beban penerima sepanjang bulan Ramadan dan juga sebagai persediaan menjelang bulan Syawal.

    Adapun penganjuran program yang turut diungkayahkan bersempena Semarak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada tahun ini antara lain bertujuan untuk menyemai nilai-nilai murni yang menjadi asas kemakmuran negara, seperti rasa syukur, perpaduan, kemasyarakatan dan saling bantu-membantu khususnya dalam kalangan pegawai dan kakitangan pihak jabatan bahkan juga seluruh lapisan masyarakat secara amnya.

    ATAS & BAWAH: Awang Harris ketika menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas harian kepada para penerima terpilih pada program itu. – GAMBAR SERAHAN PEJABAT HAL EHWAL UGAMA DAERAH TEMBURONG
    GAMBAR SERAHAN PEJABAT HAL EHWAL UGAMA DAERAH TEMBURONG
    GAMBAR SERAHAN PEJABAT HAL EHWAL UGAMA DAERAH TEMBURONG
    GAMBAR SERAHAN PEJABAT HAL EHWAL UGAMA DAERAH TEMBURONG
    GAMBAR SERAHAN PEJABAT HAL EHWAL UGAMA DAERAH TEMBURONG

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda