Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Infantino dituduh campur tangan hentikan siasatan

    LAUSANNE, 28 APRIL – Presiden FIFA, Gianni Infantino disyaki telah campur tangan dengan Peguam Negara Switzerland untuk cuba menggugurkan penyiasatan, menurut sebuah akbar Switzerland kelmarin.

    Pejabat Peguam Negara (OAG) melancarkan siasatan pada awal 2016, tidak lama selepas Infantino terpilih sebagai presiden badan pengurusan bola sepak dunia, mengenai pemberian kontrak hak penyiaran televisyen kepada syarikat luar dalam peranan sebelumnya sebagai pengarah urusan undang-undang UEFA.

    Menurut akbar Tribune de Geneve, Infantino ‘bimbang’ mengenai siasatan tersebut dan menulis surat kepada rakannya, Rinaldo Arnold, yang menjadi pendakwa kanan di wilayah Huat-Valais di mana mereka membesar.

    “Saya akan cuba menjelaskan kepada OAG bahawa demi kepentingan saya, semuanya harus diselesaikan secepat mungkin dan di sini juga dinyatakan bahawa saya tidak ada kaitan dengan perkara ini,” tulinya dalam e-mel yang dipetik oleh akhbar itu.

    Arnold yang membantu mengadakan perjumpaan di antara Infantino dan Peguam Negara, Michael Lauber, membalas: “Apa yang penting adalah perjumpaan dalam masa dua minggu. Jika anda mahukannya, saya boleh datang sekali lagi dengan anda.”

    Gambar fail 4 Oktober 2019 menunjukkan Gianni Infantino ketika menghadiri penandatanganan memorandum persefahaman dengan WHO. Infantino disyaki telah mengadakan perjumpaan dengan Peguam Negara Switzerland berkenaan dengan percubaan untuk menggugurkan tuduhan. – AFP

    Perjumpaan tersebut diadakan pada 22 April 2016, menurut akhbar, menambah bahawa apa yang terjadi pada masa itu kekal ‘menjadi misteri’, dan OAG ‘menolak untuk membincangkan mengenainya’.

    OAG menolak untuk memberi komen berkenaan artikel Tribune de Geneve apabila dihubungi AFP.

    FIFA kemudian mengatakan ‘e-mel yang disebut dalam artikel itu jelas diperoleh dari penggodam, yang merupakan tindakan yang salah dan jenayah’.

    “Bukan sahaja Infantino tidak mempunyai sebab untuk menipu dalam e-mel tersebut, e-mel itu juga tidak menyebut Infantino mahu ‘membersihkan namanya,” tambah FIFA.

    Kesatuan yang berpangkalan di Zurich selalu menunjukkan bahawa perjumpaan di antara Infantino dan OAG berniat untuk menunjukkan bahawa FIFA ‘bersedia untuk terlibat dengan sistem keadilan Switzerland’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda