Inflasi Eropah meningkat rekod tinggi

BRUSSELS, 1 APRIL – Harga dan gangguan minyak berpunca daripada peperangan di Ukraine mendorong harga pengguna di zon euro meningkat kepada rekod 7.5 peratus, kata agensi statistik EU, Eurostat hari ini.

Peningkatan daripada 5.9 peratus pada Februari didorong oleh kenaikan 44.7 peratus dalam harga minyak, dengan Eropah sekali lagi dibelenggu krisis minyak dan gas berpunca daripada ketegangan dengan Rusia berhubung serangannya ke atas Ukraine.

Presiden Bank Pusat Eropah, Christine Lagarde mengingatkan pada Rabu bahawa konflik berlarutan Ukraine akan menyebabkan harga minyak dan kos hidup meningkat, sekali gus menjejas pemulihan pasca COVID.

Peningkatan yang sama dalam inflasi telah dilihat di Amerika Syarikat di mana Rizab Persekutuan komited untuk melaksanakan beberapa siri kenaikan faedah untuk memulihkan ekonomi serta mengawal kenaikan harga.

Namun ECB keberatan mengambil langkah yang sama, yakin kenaikan dalam kos sara hidup adalah dikaitkan dengan perang serta gangguan berlarutan kepada rantaian bekalan global yang dicetuskan pandemik.

Penggubal dasar terutamanya bimbang mengenai inflasi utama, yang menjejas komponen seperti minyak dan makanan. Ia meningkat kepada 3 peratus pada Mac, menurut Eurostat. – AFP

Pelanggan membeli-belah di kedai runcit di Athens, Greece. Inflasi di Eropah meningkat kepada rekod 7.5 peratus pada Mac, menurut agensi Eurostat. – AP