Thursday, October 24, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inflasi global diunjurkan menurun

    WASHINGTON, 23 OKT – Perang global menentang inflasi sebahagian besarnya telah dimenangi – dan dengan kesan amat kecil untuk pertumbuhan ekonomi, umum Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kelmarin.

    Dalam penilaian terbaharu ekonomi globalnya, IMF meramalkan bahawa inflasi di seluruh dunia akan berkurangan daripada 6.7 peratus tahun lepas kepada 5.8 peratus tahun ini dan kepada 4.3 peratus pada 2025.

    Ia menganggarkan bahawa inflasi akan jatuh lebih cepat di negara-negara kaya dunia, daripada 4.6 peratus tahun lepas kepada 2.6 peratus tahun ini dan 2 peratus julat sasaran untuk kebanyakan bank pusat utama – pada 2025.

    Penurunan inflasi, selepas bertahun-tahun mengalami kenaikan harga yang tinggi berikutan pandemik COVID-19, mendorong Rizab Persekutuan dan Bank Pusat Eropah mengurangkan kadar faedah tahun ini selepas mereka menaikkan kadar faedah secara agresif dalam usaha menjinakkan inflasi.

    “Usaha memerangi inflasi hampir dimenangi,” kata Pierre-Olivier Gourinchas, ketua ekonomi IMF, kepada pemberita semalam.

    “Di kebanyakan negara, inflasi berlegar hampir dengan sasaran bank pusat.″

    “Penurunan inflasi tanpa kemelesetan global merupakan satu pencapaian besar,” tulis Gourinchas dalam catatan blog yang mengiringi Tinjauan Ekonomi Dunia terkini IMF.

    Semalam, selain mengunjurkan prospek inflasi yang lebih sederhana, ia menambah jangkaan ekonominya untuk Amerika Syarikat (AS) tahun ini, sambil menurunkan
    anggarannya untuk pertumbuhan di Eropah dan China.

    IMF membiarkan ramalannya untuk pertumbuhan global tidak berubah pada 3.2 peratus untuk 2024. – AP

    Gambar fail menunjukkan seorang pekerja Amazon mengasingkan barang hantaran di jalan Upper West Side, New York. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda