Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inflasi Jepun menurun, harga beras meningkat pada Ogos

    TOKYO, 19 SEPT – Inflasi di Jepun menurun kepada 2.7 peratus pada Ogos lalu, sebahagiannya disebabkan oleh subsidi tenaga kerajaan, menurut data rasmi yang diterbitkan hari ini, dengan kos beras berkurangan berikutan kenaikan harga yang
    tinggi.

    Inflasi terus didorong oleh harga beras, yang meningkat sebanyak 68.8 peratus dari tahun ke tahun Ogos lalu selepas lonjakan sekitar 100 peratus pada Jun dan 90.7 peratus pada Julai.

    Para pengundi yang marah mengenai kenaikan kos beras telah meninggalkan Parti Liberal Demokratik yang memerintah selama ini dan bulan ini Perdana Menteri, Shigeru Ishiba mengumumkan beliau akan berundur selepas gabungannya kehilangan majoriti dalam kedua-dua dewan.

    Harga beras telah melambung tinggi kerana masalah bekalan yang dikaitkan dengan musim panas yang melampau pada 2023 dan faktor lain, antaranya pembelian panik selepas amaran ‘gempa bumi besar’ tahun lepas.

    Bacaan inflasi teras daripada Kementerian Dalam Negeri, tidak termasuk harga makanan segar yang tidak menentu, adalah sejajar dengan jangkaan pasaran dan turun pada 3.1 peratus pada Julai. – AFP

    Gambar Envato

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda