Oleh Salawati Haji Yahya – BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – Kadar inflasi negara mencatatkan penurunan sebanyak 0.4 peratus pada tahun 2024 berbanding tahun 2023. Penurunan ini didorong oleh penurunan 0.6 peratus bagi indeks bukan makanan, berikutan penurunan harga pengangkutan sebanyak 1.2 peratus; dan 3.3 peratus bagi pakaian dan kasut. Manakala, indeks makanan dan minuman

