Bintang program realiti Kylie Jenner bukan dalam kalangan selebriti pengikut terbanyak di Instagram, namun dia berjaya meletakkan nilai harga tertinggi untuk pengiklanan di laman sosial peribadi itu.
Berdasarkan data yang dikeluarkan Rich List 2019, kekasih Travis Scott ini berjaya menjadi influencer yang menerima bayaran tertinggi di dunia.
Dengan pengikutnya yang kini berjumlah 141 juta serta populariti sebagai bintang TV dan usahawan berjaya, banyak brand yang berebut untuk menggunakan khidmat wanita ini.
Harga untuk satu posting di laman sosial Instagram miliknya mencecah AS$ 1.2 juta. Ia menyumbang kepada sumber kekayaan Kylie selain perniagaan kosmetiknya. Selain Kylie, Ariana Grande menduduki tangga kedua paling mahal diikuti Cristiano Ronaldo. – Agensi
