Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Informa Markets Thailand jangka raih RM212 juta nilai dagangan

    BANGKOK, 10 JULAI – Informa Markets Thailand menjangkakan mampu menjana nilai dagangan sebanyak 1.64 bilion baht (RM212 juta) daripada pameran dan persidangan perdagangan makmal dan peranti perubatan terbesar di Asia Tenggara, Medlab Asia and Asia Health 2024.

    Diadakan dari 10 hingga 12 Julai, Medlab Asia and Asia Health 2024 dianjurkan oleh Informa Markets Thailand, bersempena Minggu Penjagaan Kesihatan Antarabangsa.

    Pengarah kumpulan portfolio serantau ASEAN Informa Markets Thailand, Rungphech Chitanuwat berkata acara itu menyediakan peluang kepada usahawan, golongan profesional dalam industri dan kakitangan perubatan untuk membina rangkaian, menjalin hubungan perniagaan serta berkongsi pengetahuan berkaitan kemajuan perubatan terkini.

    “Kami menjangkakan acara itu menarik 10,000 hadirin dari 50 negara di seluruh dunia, 350 syarikat global terkemuka untuk mewujudkan rangkaian dan menggalakkan pertumbuhan dalam makmal perubatan dan industri peranti perubatan di rantau ASEAN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda