Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ingat, seksa neraka cukup dahsyat

    SETIAP Muslim percaya mati itu pasti. Setiap perkara baik atau buruk yang dilakukan di dunia juga akan dihitung.

    Kepada yang membuat kebaikan, mati sesuatu yang ditunggu-tunggu manakala mereka melakukan kejahatan pastinya mengimpikan untuk tidak mati sepanjang hidupnya.

    Rasulullah SAW bersabda: “Ketika mayat diletakkan ke dalam kubur, kubur berkata kepada mayat, celaka engkau, wahai manusia. Apa yang telah memperdayakanmu sehingga melupakan aku?

    “Bukankah engkau tahu, kalau aku ini adalah rumah fitnah, rumah kegelapan, rumah kesendirian dan rumah cacing-cacing.

    “Setiap keburukan yang dilakukan oleh manusia akan dibalas dengan azab seksa kubur. Al-Bara Azib berkata, ‘Kami keluar bersama Rasulullah menyembahyangkan seorang lelaki kaum Ansar.”

    Berdoalah sentiasa semoga kita dihindari dari menerima azab seksa api neraka yang telah diceritakan oleh Allah SWT dan Rasulullah. – AFP

    Amal soleh

    Baginda duduk di atas kubur lelaki itu sambil menundukkan kepala lalu Baginda berdoa: “Ya, Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada seksa kubur.”

    Sebaik orang terakhir pulang meninggalkan kubur, mayat akan ditanya oleh malaikat Mungkar dan Nakir, wahai engkau, siapa tuhanmu? Apa agamamu? Siapa nabimu?

    Lalu jawablah, ‘Allah SWT tuhanku, Islam agamaku dan Muhammad nabiku’. Jawapan itu perlulah dilafazkan dengan penuh yakin.

    Malaikat berseru, jika itu jawapannya, ‘engkau benar’. Firman Allah dalam Surah-Shaffat ayat 23 hingga 24.: “Allah mengukuhkan (iman) orang-orang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan sama ada di dunia dan akhirat.”

    Kemudian, datanglah seorang berwajah tampan beraroma harum dan berpakaian bagus. Ia berkata, “Bergembiralah dengan rahmat Tuhanmu dan syurga bagi mereka yang di dalamnya dan nikmat-nikmat kekal.”

    Ia bertanya, “Siapa kamu?” Orang itu menjawab: “Aku ini amalmu yang soleh. Demi Allah, aku tahu kamu adalah orang yang rajin dan taat kepada Allah dan malas berbuat derhaka.”

    Ia berkata: “Ya Allah, segerakanlah terjadinya kiamat, supaya aku boleh kembali kepada harta dan keluargaku.”

    Adapun orang kafir ketika hendak memasuki alam akhirat dan meninggalkan dunia, malaikat-malaikat yang keras dan kasar turun kepadanya dengan memakai pakaian daripada api.

    Mereka lalu mengepungnya. Ketika nyawanya keluar, ia dikutuk oleh semua malaikat yang ada di antara langit dan bumi.

    Lalu pintu-pintu langit pun ditutup sehingga nyawanya tidak boleh melalui pintu-pintu itu. Ketika nyawanya naik, ia langsung dilempar malaikat.

    Sama-samalah kita mengejar kebaikan dan meninggalkan segala larangan-Nya. – AFP

    Si malaikat berkata kepada Allah: “Ya Allah, hamba-Mu si fulan ini tidak diterima oleh langit dan bumi.”

    Allah berfirman: “Kembalikan ia dan perlihatkan kepadanya keburukan yang telah Aku sediakan untuknya kerana Aku telah menjanjikannya.”

    Golongan ini akan didatangi oleh seorang yang berwajah buruk, berbau busuk dan berpakaian buruk. Orang itu berkata: “Bergembiralah dengan murka Allah dan seksa yang pedih lagi kekal.”

    Azab kubur

    Ia bertanya: “Siapa engkau?” Orang itu menjawab, “Aku amalmu yang buruk. Demi Allah, sesungguhnya aku tahu kamu adalah orang yang mudah derharkai Allah dan lambat mentaati-Nya.”

    Ia kemudiannya didatangi oleh seorang yang tuli dan buta dengan membawa alat pemukul diperbuat daripada besi yang sangat berat sekali, sehingga tidak sanggup diangkat oleh jin dan manusia.

    Alat pemukul itu dipukul kepadanya dengan keras dan tepat mengenai matanya sehingga suaranya terdengar oleh seluruh penghuni bumi kecuali jin dan manusia.

    Rasulullah bersabda: “Itulah azab bagi orang kafir dikuburnya. Allah menguasakan 99 ekor naga untuk menyerangnya. Tahukah kamu tentang naga-naga itu? Iaitu 99 ekor ular dan setiap ular mempunyai tujuh kepala. Ular-ular itu terus mencakar dan menyengatnya.”

    Justeru, marilah kita sama-sama mengejar melakukan kebaikan dan meninggalkan semua larangan-Nya.

    Pastinya, kita tidak sanggup untuk menerima azab seksa api neraka yang telah diceritakan oleh Allah dan Rasulullah. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda