Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ingatan sempena hari lahir arwah Abam

    Sempena ulang tahun kelahiran Allahyarham Abam, Nor Hidayah berkongsi momen indah ketika dia bersama arwah suaminya itu, kongsi mStar.

    Hidayah atau Nor Hidayah Mohd Ali, 32, berkongsi video memaparkan dirinya berduet bersama arwah menyanyikan lagu Memori Berkasih nyanyian Allahyarham Achik Spin dan Siti Nordiana.

    Sebak mengingati momen itu, Hidayah turut menitipkan pesanan buat pasangan suami isteri di luar sana untuk menyimpan segala memori bersama agar menjadi kenangan apabila mereka sudah tiada.

    “Kenangan yang tidak dapat kembali lagi. Simpanlah kenangan bersama pasangan awda banyak-banyak pun tidak mengapa.

    “Bila dia (pasangan) tiada, kenangan ini akan menjadi ingatan sampai bila-bila,” katanya.
    Hidayah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram hari ini.

    Menerusi perkongsian video yang dibuat, Abam dilihat sempat bergurau bersama Hidayah sewaktu menyanyikan bait-bait lirik lagu tersebut. Kata Hidayah, rakaman itu merupakan satu kenangan manis yang tidak mungkin akan kembali semula.

    “Selamat hari lahir suamiku. Hari ini (19 Januari) genaplah umur awak 36 tahun. Cintaku selamanya… Kenangan yang tidak akan kembali lagi,” ujarnya.

    Untuk rekod, Hidayah dan Abam mendirikan rumah tangga pada 2017. – Agensi

    Hidayah tidak dapat menahan rindu terhadap Allahyarham suaminya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda