Wednesday, February 19, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ingati insan yang telah kembali ke rahmatullah

    Bekas pelajar-pelajar Sekolah Persediaan Inggeris (BPS), Kilanas, tahun 1973-1975 telah mengadakan majlis tahlil dan Doa Arwah bagi mantan guru-guru dan bekas pelajar-pelajar yang telah kembali ke rahmatullah.

    Majlis tersebut diadakan pada 14 Februari lalu di salah sebuah restoran di kawasan Gadong.

    Bacaan tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Haji Nasrul bin Haji Sabar, diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Haji Azis bin Haji Nayan selaku wakil bekas pelajar-pelajar BPS, Kilanas.

    Turut hadir sama ialah mantan guru-guru sekolah tersebut.

    GAMBAR SERAHAN BPS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda