Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Ingatlah masa bercinta, melamar secara live dalam TV’

    Susulan pelakon Kamal Adli gagal menghadirkan diri pada sebutan pertama kes perceraian yang difailkan isterinya Uqasha Senrose pada pagi kelmarin, peminat mula membanjiri ruangan komen di Instagram (IG) aktor berkenaan dengan pelbagai reaksi dan harapan.

    Warganet tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepada pasangan itu agar tidak mudah putus asa dalam mengharungi ujian rumah tangga.

    Malah terdapat juga peminat yang mengimbau kembali kenangan manis pasangan itu sewaktu zaman bercinta dan berharap agar hubungan mereka kembali pulih.

    “Tolonglah pujuk Uqasha, buang ego jauh-jauh, lama-lama isteri akan turunkan ego dia juga. Semoga Kamal dan Uqasha kekal bersama hingga akhir hayat.

    “Ingatlah masa korang bercinta, melamar secara siaran langsung di televisyen… Tolong jangan cerai, ingat balik momen bahagia bersama.”

    “Alamak, tak sangka Uqasha sampai pergi mahkamah nak berpisah. Kamal kena pujuk dia 100 peratus, doa banyak-banyak supaya Uqasha lembut hati,” tulis warganet.

    Untuk rekod, pada 20 Disember Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha di pentas Anugerah Meletop Era 2020.

    Terdahulu kes prosiding perceraian pasangan selebriti itu yang sepatutnya berlangsung pada pagi kelmarin di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan ke 28 Oktober depan.

    Menurut peguam mewakili Uqasha, Nurfarhana Abd Manaf, penangguhan itu dibuat kerana Kamal tidak dapat hadir atas alasan kerja.

    Sebelum ini, rumah tangga Kamal dan Uqasha mula menjadi perhatian warganet selepas mereka dilihat sudah tidak lagi mengikuti satu sama lain di Instagram sekali gus menimbulkan spekulasi kemelut rumah tangga semakin serius.

    Malah warganet juga mendakwa Uqasha mula memberi pelbagai bayangan mengenai kemelut rumah tangga mereka.

    Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan. – Agensi

    Uqasha (kanan) ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada pagi Rabu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda