Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Ingin contohi pertanian Thailand’

    KUCHING, 5 SEPT – Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) berhasrat menjadikan Thailand sebagai contoh dan berharap untuk mempelajari kemajuan serta kepakaran dalam bidang pertanian dari negara berkenaan.

    Pengerusi BDDA yang juga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata satu lawatan telah diadakan bermula semalam, diketuai oleh beliau sendiri ke Wilayah Ratchaburi yang terkenal dengan spesies kelapa aromatik, mangga, jambu batu, nanas dan buah-buahan tropika lain.

    Beliau berkata rombongan turut melawat Thai Coconut Public Company hari ini, yang menghasilkan produk berasaskan kelapa seperti santan dan air kelapa.

    “Thailand terkenal dengan industri makanan yang sangat maju, bermula daripada penanaman hingga pengeluaran, pemprosesan, dan rangkaian pemasaran. Kami perhatikan bahawa Thailand jelas mempunyai rantai bekalan sangat canggih.

    “Mereka sangat teratur, dan ini adalah sesuatu yang kami ingin tiru. Satu lagi kelebihan adalah Thailand mempunyai rangkaian pasaran di seluruh dunia yang membantu petani mereka menjual produk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Sementara itu, Uggah berkata bidang pemasaran adalah perkara penting bagi BDDA. “Isu terbesar kami adalah sama ada semua yang kami hasilkan, sama ada sayur-sayuran, buah-buahan, makanan atau produk ternakan dapat sampai ke pasaran agar petani dapat meningkatkan pendapatan mereka,” katanya. – Bernama

    Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mempengerusikan mesyuarat kali keenam Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada 6 Julai. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda