Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ings mula idam Kasut Emas EPL

    WATFORD, 29 JUN – Danny Ings menghasilkan dua penyudah untuk meneruskan impiannya mendapatkan trofi Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika Southampton berjaya menumpaskan Watford yang berada di zon penyingkiran dengan kemenangan 3-1 di Stadium Vicarage Road semalam.

    Hari yang buruk buat pasukan Hornets bermula sebelum perlawanan ketika tiga pemain Watford tidak dibenarkan menyertai skuad Nigel Pearson kerana melanggar protokol COVID-19.

    Watford mengatakan Andre Gray, Nathaniel Chalobah dan Domingos Quina tidak disenaraikan dalam pasukan demi kesihatan dan keselamatan semua pemain, kakitangan dan pegawai yang lain setelah Gray mengadakan pesta ulang tahun pada Jumaat lalu dengan lebih dari enam orang yang menghadiri acara tersebut.

    Pearson juga mengalami permulaan yang buruk setelah EPL kembali semula dengan hanya meraih satu mata dari tiga perlawanannya yang meletakkan mereka kekal satu mata di atas zon penyingkiran.

    Ings mungkin boleh dimasukkan ke dalam skuad England bulan ini untuk Euro 2020 sekiranya wabak COVID-19 tidak menunda kejohanan itu selama satu tahun.

    Bekas penyerang Liverpool itu dengan cemerlang membuat ruang untuk dirinya di tepi kotak penalti sebelum melakukan rembatan melengkung ke sudut gawang lawan pada
    minit ke-16 untuk memastikan Southampton mendahului perlawanan pada separuh masa pertama perlawanan.

    Ings berjaya menemukan gol ke-18 EPL musim ini dan hanya berbeza satu gol dengan Jamie Vardy yang kekal sebagai penjaring terbanyak liga sebanyak 19 gol.

    Jaringan sendiri oleh Jan Bednarek memberi harapan kepada tuan rumah untuk kembali bangkit.

    Namun, Southampton mengembalikan kelebihan dua gol mereka dalam masa tiga minit ketika James Ward-Prowse melengkapkan jaringan melalui sepakan percuma dan meraih mata penuh memastikan mereka untuk kekal pada musim depan di EPL. – AFP

    Reaksi Danny Ings dari Southampton ketika meraikan jaringan golnya semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Watford dan Southampton di Stadium Vicarage Road, Watford England, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda