Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ini masa paling sesuai – Mane

    BERLIN, 23 JUN – Sadio Mane mengatakan bahawa sekarang adalah masa yang sesuai untuk menyertai Bayern Munich dari Liverpool selepas dia melengkapkan perpindahannya ke kelab juara Bundesliga itu, kelmarin.

    Menurut laporan, Bayern membayar yuran yang mungkin mencecah AS$43 juta untuk perpindahan Mane, pemain yang berjaya menjaringkan 120 gol dalam kejayaannya memenangi enam trofi kejohanan bersama Liverpool.

    Bintang Senegal tersebut menandatangani kontrak selama tiga tahun dan ketibaannya adalah satu langkah terbaik untuk pasukan Julian Nagelsmann dan Bundesliga.

    “Saya memilih Bayern Munich kerana walaupun saya menerima tawaran lain, ia adalah masa yang sesuai terus melangkah dan datang ke sini,” kata Mane semasa sidang media tersebut.

    “Saya berjumpa dengan jurulatih Nagelsmann dan bagi saya, ia adalah sesuatu yang penting untuk lebih tahu mengenai projek itu. Saya mampu melihat diri saya sendiri beraksi bersama pasukan dan tidak berfikir panjang untuk membuat keputusan menyertai mereka,” tambahnya.

    Sadio Mane memegang jersi baharunya semasa sesi bergambar bersama Oliver Kahn (kiri) dan presiden kelab tersebut, Herbert Hainer (kanan) pada sidang media tersebut di Munich, Jerman. – AFP

    Penandatanganannya akan memudahkan Bayern untuk melepaskan penyerang mereka, Robert Lewandowski. Sementara itu, pemain sayap dari Jerman, Serge Gnabry juga masih menangguhkan untuk memanjangkan kontraknya bersama pasukan tersebut.

    Mane memegang beberapa posisi semasa dia masih bersama Liverpool.

    “Saya boleh bermain dalam tiga atau empat posisi yang berbeza dan berasa selesa bermain di bahagian mana sahaja.”

    “Saya berada di sini untuk membantu pasukan dan itulah perkara yang lebih penting,” katanya lagi.

    Pemain berusia 30 tahun tersebut berjaya memenangi Liga Juara-Juara, Liga Perdana, Piala FA, Piala Liga dan Piala Kelab Dunia di Merseyside.

    “Salah seorang daripada pemain terbaik Liverpool meninggalkan pasukan dan kami mesti mengakui betapa pentingnya perkara ini,” kata Jurgen Klopp.

    “Dengan semua gol yang dijaringkannya, trofi yang diraihnya. Sudah pasti, dia adalah pemain terbaik tetapi pada masa yang sama, dia adalah ikon moden bagi Liverpool,” katanya lagi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda