Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ini teguran daripada Allah – Dewi Persik

    Setelah sebulan mengasingkan diri, akhirnya penyanyi dangdut Indonesia, Dewi Perssik tampil mengakui dia kini dalam proses pemulihan selepas disahkan positif COVID-19 bulan lalu.

    Dewi Perssik atau nama sebenarnya, Dewi Murya Agung, 35, membuat pendedahan mengejutkan itu menerusi Instagram. Bersama pengakuan itu penyanyi lagu Semua Karena Cinta berkenaan turut berkongsi foto menunjukkan ruam merah di bahagian wajah dan dadanya.

    “Saya sakit kena COVID-19. Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk sihat, saya sudah sembuh sekarang.

    “Saya salah seorang yang beruntung untuk sembuh, sudah periksa dua kali Alhamdulillah dan disahkan negatif.

    “Sekarang sudah sembuh dan dalam proses pemulihan,” katanya.

    Bercerita mengenai kesan ruam yang kini mula menghilang itu, Dewi Perssik berkata ia merupakan gejala bagi individu yang terkena 20 peratus COVID-19.

    “Kemerahan ini timbul daripada mereka yang 20 peratus dijangkiti COVID-19. Saya fikir semua ini adalah satu teguran daripada Allah dan untuk menggugurkan dosa saya. – Agensi

    Dewi Persik berkongsi foto menunjukkan ruam merah yang dihidapinya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda