Thursday, June 8, 2023
28.3 C
Brunei

    -

    Inisiatif baharu GST bakal tarik lebih banyak pelaburan

    KUALA LUMPUR, 18 Julai – Pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar akan membantu menarik lebih banyak pelaburan dan meningkatkan peluang pekerjaan, kata pakar percukaian.

    Senthuran Elalingam, Rakan Kongsi Tidak Langsung Deloitte Malaysia, berkata langkah itu juga akan mengurangkan kos operasi, terutama bagi syarikat multinasional asing.

    “Malaysia adalah ekonomi yang dipacu oleh eksport yang memberi tumpuan kepada pembuatan, dan dengan GST yang menjadi nilai sifar, ini akan membantu pengilang mengurangkan kos mereka yang akan memberi manfaat kepada rakyat dalam jangka masa panjang.

    “Oleh kerana kos berkurangan, perolehan akan meningkat dan perniagaan baru akan dapat diwujudkan, yang dapat mewujudkan lebih banyak pekerjaan serta menarik pelaburan asing ke negara ini,” katanya kepada Bernama.

    Para pekerja ketika melakukan kerja-kerja pembaikan di sebuah bengkel di Ampang, di pinggir bandar Kuala Lumpur pada 18 Julai 2017. Pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar akan membantu menarik lebih banyak pelaburan dan meningkatkan peluang pekerjaan. - AFP
    Para pekerja ketika melakukan kerja-kerja pembaikan di sebuah bengkel di Ampang, di pinggir bandar Kuala Lumpur pada 18 Julai 2017. Pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar akan membantu menarik lebih banyak pelaburan dan meningkatkan peluang pekerjaan. – AFP

    Pada 11 Julai 2017 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan bersetuju empat lagi perkhidmatan akan diletakkan di bawah kategori pembekalan berkadar sifar bagi tujuan GST.

    Perkhidmatan itu adalah perkhidmatan ditetapkan berkaitan dengan barang untuk dieksport yang mana perkhidmatan itu dibekalkan kepada pelanggan luar negara dan perkhidmatan ditetapkan yang dibekalkan dalam Zon Bebas, termasuk Gudang Pengilangan Berlesen (GPB) kepada pelanggan luar negara.

    Dua lagi perkhidmatan terbabit ialah perkhidmatan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang disediakan kepada pelanggan luar negara dan perbelanjaan tidak berulang yang ditanggung sebagai perbelanjaan kejuruteraan, termasuk alat dan jentera yang digunakan dalam proses pengilangan barangan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -