Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inisiatif bantu rakyat Palestin di Gaza

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 DIS – Usaha terus dilaksanakan untuk menyalurkan sumbangan dan membantu meringankan beban rakyat Palestin di Gaza, dengan Melvida menerusi inisiatif Spend and Donate berjaya mengumpul sebanyak $6,737 bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 dalam majlis penyerahan sumbangan yang berlangsung di Pejabat Melvida, Sunway Manggis, baru-baru ini.

    Sumbangan berkenaan disalurkan melalui WeCare Bn menerusi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza dan akan diserahkan kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Pada majlis penyerahan sumbangan itu, Melvida telah diwakili oleh Dayang Nur Afiqah dan Awang Hafeez Asmu’ie dari Pasukan Pemasaran dan Operasi manakala WeCare Bn diwakili oleh Pegawai Pentadbir, Dayang Irdina Zaini.

    Semasa inisiatif berkenaan yang berjalan sepanjang bulan November yang lalu, Melvida berikrar untuk mendermakan $1 bagi setiap $10 yang dibelanjakan oleh pelanggannya bagi usaha-usaha bantuan di Gaza.

    Dengan kejayaan usaha itu, Melvida melanjutkan inisiatif berkenaan sepanjang Disember ini untuk meningkatkan kesedaran mengenai krisis kemanusiaan yang sedang dihadapi di Gaza, Palestin.

    Pengurus di Melvida, Ang menyatakan penghargaan kepada semua pelanggan yang memilih untuk membeli-belah dan menyumbang ke arah usaha bermakna itu.

    Dayang Nur Afiqah (tengah) dan Awang Hafeez Asmu’ie semasa menyerahkan sumbangan kepada Dayang Irdina Zaini. – GAMBAR SERAHAN MELVIDA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda