Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inisiatif #bsmCares sumbang 700 pek makanan

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan BSM

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) hari ini telah menyediakan makanan yang dimasak sendiri untuk diagihkan kepada Juara Perkhidmatan di 37 stesen runcit Shell, sebagai sebahagian daripada aktiviti pelaburan sosialnya di bawah inisiatif #BSMCares.

    Sehubungan itu, BSM dengan kerjasama Society for Community Outreach & Training (SCOT) melalui program Komuniti Dapur Sosial mereka turut menyokong Juara Perkhidmatan yang terus memainkan peranan besar dalam menyediakan persekitaran dan pengalaman mengisi minyak yang selamat kepada semua pelanggan.

    Di samping itu, BSM juga membeli sejumlah 700 hidangan masakan rumah daripada dua ibu tunggal yang merupakan penerima program Komuniti Dapur Sosial sebagai menyokong usaha keusahawanan mereka.

    Selain itu, BSM juga menghulurkan bantuan dengan penyediaan memasak, pembungkusan dan penghantaran makanan. Makanan tersebut kemudiannya diserahkan oleh pihak pengurusan dan kakitangan BSM kepada semua stesen runcit Shell.

    Manakala Pengarah Urusan BSM, Awang Muhammad Norshafiee bin Dato Paduka Haji Abdul Jalil, mengetuai penyerahan di Stesen Runcit IBA di Lambak Kanan.

    BSM turut menyediakan makanan kepada penerima keluarga yang kurang bernasib baik dari segi sosioekonomi di Kampung Sungai Akar.

    Awang Muhammad Norshafiee semasa menyerahkan pek makanan kepada salah seorang penerima di salah satu stesen runcit Shell.
    Warga BSM semasa menyediakan pek makanan untuk diagihkan ke 37 stesen runcit Shell.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda