Friday, October 18, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inisiatif hasilkan aktiviti pengantarabangsaan

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), baru-baru ini, telah menandatangani surat niat bersama Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Universiti Malaysia Sabah (UMS).

    Menurut UNISSA, penandatanganan surat niat itu akan melahirkan pelbagai aktiviti pengantarabangsaan bersama pihak UMS terutama dalam penawaran sarjana muda program bersama (joint-degree), termasuklah penyelidikan dan penerbitan bersama, outreach komuniti, pemerkasaan persatuan pelajar bagi kedua-dua buah fakulti.

    Mewakili FEKIm ialah Dekan, Dr Muhammad Zaki bin Haji Zaini manakala itu, FKAL pula diwakili oleh Dekan, Profesor Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal.

    Penandatanganan itu juga disaksikan oleh Timbalan Dekan FEKIm, Dr Amnisuhailah binti Abrahan dan Timbalan Dekan (Akademik dan antarabangsa) FKAL, Dr Ricky Chia Chee Jiun.

    Aktiviti pengantarabangsaan itu diharap akan dapat menghasilkan lebih banyak aktiviti bersama dan sebagai salah satu inisiatif pengantarabangsaan UNISSA dalam menjadi pengajian tinggi Islam global.

    Dr Muhammad Zaki bertukar dokumen bersama Profesor Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal pada majlis penandatanganan di antara UNISSA dan UMS. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda