Monday, May 5, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inisiatif Jalur dan Laluan tarik pelabur Barat

    BEIJING, 28 Feb – Dengan Inisiatif Jalur dan Laluan China semakin diiktiraf di dunia, bank-bank Barat bergegas untuk mendapatkan sebahagian daripada faedah dalam peluang sekali generasi ini.

    Bank-bank dari Britain dan Amerika Syarikat, termasuk Citigroup, HSBC dan Standard Chartered telah merebut peluang yang muncul dari inisiatif yang dicadangkan oleh Presiden China Xi Jinping pada tahun 2013.

    Inisiatif itu bertujuan untuk mewujudkan hubungan perniagaan, infrastruktur dan menghubungkan orang ramai antara Asia, Eropah, Afrika dan kawasan lain dengan memulihkan dan mengembangkan Laluan Sutera. Versi moden terdiri daripada Jalur Ekonomi Jalan Sutera dan Jalan Sutera Maritim Abad ke-21.

    Menurut akhbar Financial Times, bank-bank besar telah mengadakan persidangan mengenai Inisiatif Jalur dan Laluan dengan melantik seorang pengurus kanan bank supaya memperjuangkan peranan mereka dalam inisiatif tersebut dan menubuhkan jawatankuasa untuk menyelaras pendekatan mereka dalam aktiviti perniagaan yang berlainan.

    Standard Chartered telah mengambil inisiatif tersebut sebagai pelan utamanya untuk menghasilkan pertumbuhan pendapatan yang diperlukan untuk mencapai sasarannya bagi mengembalikan hasil pulangan dalam ekuiti melebihi 10 peratus. – Xinhua

    Gambar fail menunjukkan dua wanita mengibar bendera ketika kereta api yang membawa muatan memulakan perjalanan yang pertama kali dari Britain ke China menggunakan Laluan Sutera. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda