Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inisiatif Ramadan Damai berjaya kawal keganasan di selatan Thailand

    BANGKOK, 11 MEI – Inisiatif Ramadan Damai di selatan Thailand secara amnya berjaya mengawal kejadian keganasan sehingga ini di Pattani, Narathiwat, Yala dan empat daerah di Songkhla.

    Ketua Panel Dialog Keamanan Wilayah Sempadan Selatan Thailand Jeneral Wanlop Rugsanaoh berharap inisiatif itu akan menjadi titik permulaan berakhirnya keganasan dan mencapai keamanan berpanjangan di empat wilayah bergolak itu.

    Di bawah inisiatif itu, kerajaan Thailand dan kumpulan bersenjata paling berpengaruh di selatan Thailand, Barisan Revolusi Nasional (BRN) sepakat menghentikan keganasan di empat wilayah selatan Thailand itu sepanjang Ramadan bermula 3 April hingga 14 Mei, meliputi tempoh 40 hari.

    Wanlop memberitahu Bernama, sejak inisiatif itu berku-atkuasa suasana di empat wilayah itu agak aman dengan hanya satu insiden letupan bom berlaku di Sai Buri, Pattani di mana seorang orang awam maut dan tiga anggota skuad pemusnah bom cedera.

    Media sebelum ini melaporkan bahawa Patani United Liberation Organisation (Pulo) yang tidak terlibat dalam rundingan damai mengakui bertanggungjawab dalam letupan di Sai Buri pada 15April itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda