Friday, May 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inovasi buah labu sentuhan 4 sekawan

    Oleh Nurdiyanah R.

    Meskipun keberadaan mereka jauh dari kawasan bandar, namun perkara berkenaan tidak menghalang semangat anak-anak muda ini untuk tetap bangkit demi mencapai satu harapan besar untuk memperkasa bidang keusahawanan bersama-sama golongan usahawan tanah air menerusi hasil sumber ladang mereka iaitu ladang buah labu.

    Hadirnya mereka yang memiliki jiwa dan raga yang bersulam dengan keyakinan itu adalah demi menjana sumber pendapatan sekali gus mencerminkan potensi, daya kreativiti dan inovasi mereka untuk membuat perusahaan sendiri yang berdayatahan sama ada secara sampingan mahu pun sepenuh masa.

    Siapa sangka, dengan penglibatan empat orang belia dari Majlis Perundingan Kampung (MPK) Merimbun dan Kuala Ungar, Daerah Tutong ini berjaya membina ladang buah labu di kawasan seluas lima ekar di Kampung Merimbun di mana mereka juga berjaya menghasilkan produk tersendiri dan menarik.

    “Bukan hanya menjual buah labu segar terus dari ladang kepada masyarakat di negara ini, namun dengan hasrat untuk mengembangkan produk kami dengan nilai keistimewaan yang tersendiri, maka dari situlah kami tekad untuk menghasilkan sentuhan kami sendiri iaitu minuman jus labu dengan berbekalkan beberapa kajian dan pembelajaran secara persendirian antaranya menerusi Internet,” itulah antara perkongsiaan daripada Jee Kwuit Foung selaku ketua kumpulan belia bersama tiga orang rakannya yang mengusahakan Labulicious Farm sejak bulan Oktober tahun lepas ketika berkesempatan ditemui penulis, baru-baru ini.

    Inovasi aiskrim labu unik

    Dengan menjalankan perniagaan terus dari ladang, Jee menjelaskan bahawa inisiatif mereka untuk mengeluarkan produk hiliran yang lain tidak terhenti begitu sahaja, namun ia semakin membara dalam jiwa mereka lebih-lebih lagi setelah mengikuti Program Kebeliaan 3K (Kepimpinan, Kemasyarakatan dan Keusahawanan) MPK Daerah Tutong anjuran bersama Jabatan Daerah Tutong, Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong dan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) Daerah Tutong beberapa bulan lalu.

    Jee semasa berada di ladang buah labu mereka di Kampung Merimbun Daerah Tutong.
    Jus labu antara yang berjaya dihasilkan oleh Syarikat Labulicious Farm.

    Keenakan aiskrim labu penuh lemak berkrim salah satu produk dari inisiatif para belia dalam mengembangkan produk hiliran mereka.

    “Program berkenaan merupakan wadah ke arah menyediakan platform kepada kami dan juga belia-belia yang lain untuk melahirkan kumpulan belia sebagai watak utama dan penggerak aktiviti serta kegiatan MPK yang menjurus kepada tiga aspek iaitu kepimpinan, kemasyarakatan dan keusahawanan. Maka dari situlah tercetusnya lagi hasil sentuhan baharu kami iaitu aiskrim labu yang mana lebih 200 kotak aiskrim sudah terjual sejak mula penghasilannya sekitar penghujung bulan Mei lalu,” ujarnya dengan nada penuh kegembiraan.

    Dengan terlaksananya perusahaan itu, beliau bersama rakan-rakan seperjuangannya sebagai wakil MPK Merimbun dan Kuala Ungar begitu terharu dan bersyukur telah terpilih sebagai juara dengan memenangi wang tunai berjumlah $1,000 serta sijil penyertaan menerusi program Kebeliaan 3K yang pastinya turut disertai juga oleh beberapa kumpulan belia lain yang tidak kurang hebatnya dari MPK di Daerah Tutong.

    “Terhasilnya produk-produk ini, ia bukan hanya untuk meningkatkan prestasi perekonomian kami dan masyarakat kampung bahkan juga ia secara langsung mampu membuka minda semua pihak untuk lebih bergiat aktif dalam pelbagai kegiatan keusahawanan yang pastinya amat menjanjikan pulangan yang memuaskan jika kita yakin dan teliti dalam mengungkayahkannya.

    “Aiskrim yang unik dan memiliki keistimewaan yang tersendiri, itulah yang sebaik-baiknya diterapkan jika ingin menjalankan sesebuah perniagaan,” tambahnya yang dalam perancangan bagi menghasilkan produk seterusnya iaitu keropok labu.

    Bersaing secara sihat bersama

    Sehubungan dengan itu, Jee turut berkongsi pandangan bahawa hakikatnya tidak ramai anak muda tanah air kita yang tertarik dengan dunia perladangan sebegini kerana berkemungkinan mereka beralasan tidak tahan terdedah lama di bawah cuaca panas terik matahari. Namun jika kita membuka minda dengan berlapang dada secara positif, kegiatan sebegini mampu mencetuskan pendapatan yang lumayan jika kita benar-benar tekun mengusahakannya.

    “Dengan adanya sentuhan variasi produk berasaskan buah labu ini, ia merupakan salah satu pendorong semangat kami untuk lebih mengembangkan perniagaan kami dengan sentuhan kreativiti dan inovasi peribadi. Hal ini membuktikan juga meskipun kami menetap di kawasan kampung dan pedalaman namun berbekalkan kemahiran dan keyakinan yang dimiliki, kami mampu bersaing secara sihat bersama para usahawan tempatan yang berada di kawasan bandar.

    “Apabila kita ditimpa kegagalan, bukanlah bererti kita akan gagal selama-lamanya. Berpeganglah kepada pepatah Melayu kita, ‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’, untuk sama-sama berjuang menggapai segala cita-cita yang diimpikan. Cabaran pasti ada namun kita perlu berniaga sambil berkarya agar kita dapat menggerakkan perniagaan kita dengan penuh daya kreativiti dan keistimewaan yang tersendiri dari semasa ke semasa,” nasihatnya dengan penuh ketulusan kepada masyarakat di negara ini khususnya para belia dan beliawanis untuk sama-sama bangkit menyahut Wawasan Negara 2035 semasa mengakhiri sesi temu bual bersama Media Permata, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/