Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inovasi penutup mulut dan hidung futuristik

    SINGAPURA – Dari pemantauan tanda-tanda jangkitan hingga menyaring udara kotor, ledakan penggunaan penutup mulut dan hidung sebagai perlindungan daripada COVID-19 telah menghasilkan pelbagai jenis penutup mulut dan hidung berteknologi tinggi yang sangat luar biasa.

    Oleh kerana penutup mulut dan hidung telah menjadi normal baharu di seluruh dunia, beberapa buah syarikat teknologi dan penyelidikan telah mula melancarkan model pelik dan hebat untuk melindungi diri daripada jangkitan serta mengikuti trend terkini yang semakin meningkat.

    Salah satu penutup mulut dan hidung yang paling ganjil dari Jepun, di mana Donut Robotics mula membuat penutup mulut dan hidung yang membantu pengguna mematuhi penjarakan sosial dan juga bertindak sebagai penterjemah.

    Penutup mulut dan hidung yang di panggil sebagai ‘C-Face’ yang berfungsi menghantar ucapan kepada pengguna melalui aplikasi di telefon pintar dan membolehkan pengguna melakukan perbualan sambil melakukan penjarakan sosial hingga 10 meter (32 kaki).

    “Walaupun dalam situasi COVID-19, kadang-kadang kita perlu berjumpa secara fizikal,” kata ketua eksekutif Donut Robotics Taisuke Ono kepada AFP. Dibuat daripada peranti silikon ringan boleh memberi manfaat segera kepada orang ramai seperti doktor yang ingin berkomunikasi dengan pesakit dari jarak jauh, kata syarikat itu.

    Ketua eksekutif Donut Robotics Taisuke Ono memakai penutup mulut dan hidung pintar ‘C-face’ di studionya di Tokyo. – AFP
    Seorang penyelidik dari Sekolah Sains dan Kejuruteraan Bahan di Universiti Teknologi Nanyang memakai penutup mulut dan hidung yang berteknologi tinggi. – AFP

    Penutup mulut dan hidung yang dipasang dengan sensor memeriksa suhu badan, tekanan darah, kadar denyutan jantung dan kadar oksigen darah dan menghantar bacaan data melalui Bluetooth ke aplikasi mudah alih di Sekolah Sains dan Kejuruteraan Bahan di Nanyang Universiti Teknologi di Singapura. – AFP

    Ia dapat menterjemahkan pertuturan dari Bahasa Jepun ke Bahasa Inggeris, bahasa Korea dan bahasa lain, fungsi yang akan menjadi lebih berguna apabila sekatan perjalanan akhirnya berkurang.

    Tetapi ia tidak menawarkan perlindungan dari COVID-19 dan dirancang untuk digunakan seperti penutup mulut dan hidung yang biasa ketika ia mula dijual pada bulan Februari dengan harga sekitar 4,000 yen (AS$40).

    Donut Robotics mengumpulkan hampir 100 juta yen (AS$950,000) melalui crowdfunding untuk mengembangkannya, kejayaan yang Ono percaya untuk melakukan inovasi untuk menjadikan hidup lebih mudah semasa wabak.

    “Kita mungkin dapat melawan virus dengan teknologi, dengan kebijaksa-naan manusia,” katanya.

    Satu lagi penutup mulut dan hidung yang dikembangkan di Singapura bertujuan melindungi pakar perubatan yang merawat pesakit Covid-19.

    Ia memiliki sensor yang memantau suhu tubuh, degupan jantung, tekanan darah dan kadar oksigen darah dan menyampaikan data ke telefon pintar melalui aplikasi Bluetooth.

    “Ramai pekerja barisan depan ini akan terdedah kepada pesakit ketika mereka mengambil sampel,” kata Loh Xian Jun, salah seorang saintis di sana kepada AFP.

    “Ini menimbulkan risiko kesihatan bagi kakitangan kesihatan dan kami berusaha memikirkan cara untuk mengurangkan risiko tersebut.”

    Pencipta teknologi tersebut mengatakan bahawa alat itu juga dapat memantau tanda-tanda jangkitan daripada pekerja migran di kawasan yang sesak, yang menjadi punca penularan wabak besar-besaran di negara itu tahun ini.

    Mereka berharap dapat mencubanya dalam waktu terdekat dan memasarkannya secara komersial.

    Bagi mereka yang ingin memerangi kesan pencemaran udara di bandar-bandar yang dipenuhi asap, syarikat LG Electronics dari Korea Selatan telah mengembangkan penutup mulut dan hidung pembersih udara.

    Peranti penutup mulut dan hidung futuristik berwarna putih dilengkapi dengan dua penapis di tepi dan kipas untuk membantu aliran udara.

    Penapisnya serupa dengan alat pembersih udara rumah dan dapat menyekat 99.95 peratus zarah berbahaya. Beribu-ribu unit sudah pun dihasilkan untuk kegunaan kakitangan perubatan dan ia juga akan dipasarkan di kedai-kedai pada masa akan datang, kata syarikat itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda