Friday, January 3, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inovasi spa, kesihatan secara keseluruhan

    NEW YORK – Tenang, santai dan cukup melegakan adalah antara beberapa ungkapan yang dapat diluahkan selepas mendapatkan perkhidmatan spa.

    Justeru kesejahteraan pelanggan adalah aspek utama yang dititik beratkan berbanding kecantikan dalam acara tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Spa Antarabangsa di New York.

    Walaupun terdapat banyak produk kulit dan rawatan yang dipamerkan, antara kelebihan utama yang dapat diterima daripada melakukan rawatan spa adalah untuk mengurangkan tekanan.

    “Kami bukan hanya sekadar mengurut dan memberikan ketenangan kepada para pelanggan namun aspek kesihatan dan keseronokan adalah antara perkara yang harus dititikberatkan dalam kehidupan seharian,” jelas Erin Stremcha, wakil dari Well & Being Spa yang beroperasi di beberapa lokasi seperti di Las Vegas, Dallas, Arizona dan Puerto Rico.

    Sebagai sebahagian daripada usaha untuk memberikan ketenangan kepada para pelanggan, Sundara Inn & Spa yang beroperasi di Wisconsin Dells, Wisonsin telah meminta kepada para pelanggan untuk tidak menggunakan sebarang barang elektronik tatkala khidmat rawatan spa diberikan.

    Ketua Vegan, Michael Kenney bakal memberikan penerangan mengenai kepentingan makanan organik. - AP
    Ketua Vegan, Michael Kenney bakal memberikan penerangan mengenai kepentingan makanan organik. – AP
    Gabungan daun mint dan limau kasturi dalam minuman juga memberikan rasa kesegaran kepada para pengunjung. - AP
    Gabungan daun mint dan limau kasturi dalam minuman juga memberikan rasa kesegaran kepada para pengunjung. – AP

    10_160817

    “Kesunyian adalah satu ketenangan dan kami memang meminta para pelanggan untuk mematikan barangan elektronik agar mereka dapat menumpukan perhatian terhadap khidmat rawatan spa yang diberikan,” jelas wakil dari Sundara Inn & Spa, Carla Minsky.

    Sentuhan tradisi atau rawatan mesin

    Berbeza pula dengan Spa & Wellness Collective di Turnberry Isle Miami yang terletak di Aventura, Florida yang menyediakan katil gelombang berkonsep spa Gharieni yang mewah di mana ia memiliki ciri seperti meja dan mampu mengeluarkan haba yang membuatkan seolah-olah pelanggan sedang berbaring di atas pasir.

    Di samping itu, spa tersebut juga turut menyediakan headfon yang memperdengarkan alunan rentak muzik yang membekalkan denyut binaural di halwa telinga sekaligus berfungsi untuk menenangkan minda.

    Juga dipamerkan adalah kerusi O2 yang berupaya untuk bergerak dari atas ke bawah melakukan teknik seolah-olah urutan lembut tatkala pelanggan menyedut udara segar dan mendengar alunan muzik yang cukup menenangkan.

    Untuk mendapatkan rasa ketenangan di dalam rumah, Airome juga turut menawarkan aromaterapi dan minyak pati dalam pelbagai gaya, warna dan bahan mengikut kesesuaian dekorasi rumah seperti porselin, kaca, seramik dan logam.

    Namun bagi pelanggan yang masih mendambakan urutan gaya tradisi yang melibatkan sentuhan tangan, The Chuan Body + Soul yang terletak di Langham Place, bandaraya New York pula menawarkan urutan kaki.

    Sistem katil di sesetengah spa juga telah di pertingkatkan bagi memberikan keselesaan kepada para pelanggan. - AP
    Sistem katil di sesetengah spa juga telah di pertingkatkan bagi memberikan keselesaan kepada para pelanggan. – AP
    Aromaterapi adalah antara elemen yang digunakan dalam spa bagi mencetuskan suasana yang tenang kepada para pengunjung. - AP
    Aromaterapi adalah antara elemen yang digunakan dalam spa bagi mencetuskan suasana yang tenang kepada para pengunjung. – AP
    Bagi memuaskan hati para pelanggan, sesetengah spa juga membenarkan para pelanggannya untuk memilih sendiri ramuan yang digunakan bagi sesi rawatan. - AP
    Bagi memuaskan hati para pelanggan, sesetengah spa juga membenarkan para pelanggannya untuk memilih sendiri ramuan yang digunakan bagi sesi rawatan. – AP

    Sementara Aspira the Spa di Elkhart Lake, Wisconsin pula menawarkan teknik akupunktur yang berfungsi untuk meremajakan wajah sekaligus menjadi alternatif kepada rawatan anti kedut seperti Botox.

    Tepati citarasa pelanggan

    Spa at the Peaks yang terletak di Telluride, Colorado pula menjelaskan bahawa kebanyakan para pengunjungnya berasa cukup tertarik dengan panorama yang dapat disaksikan di kawasan tersebut di mana mereka berpeluang untuk menyaksikan sendiri pelbagai aktiviti aktif seperti pendakian dan ski giat dilaksanakan.

    Justeru bagi memenuhi kehendak pelanggan, spa tersebut juga membolehkan para tetamu untuk menikmati teh mengikut citarasa sendiri iaitu dengan memilih herba dan bahan-bahannya seperti kunyit yang dipercayai dapat meringankan rasa sakit dan keradangan.

    Di Well & Being Spa pula, para pengunjung berpeluang untuk menggabungkan sendiri skrub dan lotion yang mereka inginkan.

    “Setiap individu ingin melakukan sesuatu yang mereka inginkan dan kami membenarkan anda untuk melakukannya,” jelas Stremcha.

    Kesegaran dari ladang

    Sesetengah spa juga telah mula menanam herba tersendiri dan telah berjaya mengeluarkan hasil yang turut digunakan sebagai kelengkapan di dalam spa tersebut,

    “Kami telah memulakan usaha tanaman ini dalam merujuk kepada faktor kesukaran untuk mendapatkan produk yang berkualiti bagi kegunaan di dalam spa ini,” jelas Lola Roeh dari Aspira.

    Sesetengah spa juga turut menyediakan menu hidangan organik bagi keselesaan kepada para pengunjung. - AP
    Sesetengah spa juga turut menyediakan menu hidangan organik bagi keselesaan kepada para pengunjung. – AP

    9_160817

    Tidak terkecuali bagi yang mendambakan rawatan tradisi seperti urutan kaki juga masih ditawarkan di sesetengah spa di samping kelengkapan moden. - AP
    Tidak terkecuali bagi yang mendambakan rawatan tradisi seperti urutan kaki juga masih ditawarkan di sesetengah spa di samping kelengkapan moden. – AP

    “Taman yang pertama kami usahakan hanya berkeluasan 2,000 kaki per segi namun kami cuba untuk memperkembangkannya pada setiap tahun,” tambah beliau.

    Taman yang terletak di Wisconsin itu kini dipenuhi dengan tumbuhan seperti chamomile dan lavender malah turut memiliki tanaman tomato untuk dijadikan sebagai bekalan makanan.

    Penginapan Woodloch yang terletak di Hawley, Pennsylvania itu memiliki seorang warga, Derrick Braun yang mengajarkan mengenai bidang matematik yang dibubungkan dengan alam sekitar seperti corak yang ada pada bunga matahari dan kon pada pokok pine,

    Malah penginapan tersebut juga turut menawarkan hidangan makan malam yang merangkumi bahan segar dari ladang seperti kubis bunga, mocktail seperti ‘spa-jito yang diperbuat daripada bahan organik seperti daun mint dan jus limau kasturi serta mandian di dalam hutan yang diinspirasikan daripada satu pengalaman yang diterokai di Jepun.

    Di Spa & Wellness Collective, ketua spa tersebut iaitu Matthew Kenney akan mengetuai penerangan berhubung dengan pengambilan makanan berasaskan tumbuhan-tumbuhan yang bakal diadakan pada 13-15 Oktober.

    Acara tersebut merangkumi, sesi latihan yoga, merasa makanan, perbincangan mengenai penyediaan makanan organik dan kelebihannya kepada kehidupan.

    “Setentunya ramai yang tidak pernah menduga bahawa hidangan organik yang disediakan juga memiliki rasa yang enak sekiranya ia disediakan dengan cara yang betul, menarik dan menggunakan bahan-bahan yang terbaik dan segar di mana ia setentunya dapat meningkatkan tahap kesihatan pada setiap individu,” jelas Kenney. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda