Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inovasi UNN diiktiraf pada Anugerah Elevate 2023

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 DIS – Pada Anugerah Elevate 2023 yang diadakan di Sunnyvale, California baru-baru ini, Unified National Networks Sdn Bhd (UNN) telah diiktiraf sebagai salah satu daripada tiga finalis global yang telah mereka rangkaian berkesan dan selamat untuk menyampaikan perkhidmatan dan pengalaman pengguna yang luar biasa dalam Kategori Kepimpinan 5G.

    Pemenang kategori berkenaan adalah BT Group, sebuah syarikat berpangkalan di United Kingdom (UK) yang membina salah satu cloud telekomunikasi 4G/5G secara maya terbesar yang dijangka membawa 100 peratus trafik mudah alihnya menjelang akhir tahun
    ini.

    Menurut Progresif, Anugerah Elevate adalah program Juniper Network untuk meraikan peme-nang, finalis dan penerima kehormat daripada syarikat-syarikat paling inovatif yang menggunakan penyelesaian Juniper bagi menyampaikan pengalaman luar biasa
    untuk perniagaan, pelanggan dan komuniti mereka.

    Mengiktiraf pelanggannya dalam tujuh kategori utama iaitu Inovasi AI, Transformasi Perniagaan, Pusat Data Masa Depan, Memperkasakan Perubahan, Pengalaman Didahulukan, Kecemerlangan Keselamatan dan Kepimpinan 5G, proses pemilihan melibatkan gabungan eksekutif Juniper dan hakim luar yang memilih finalis dan pemenang.

    Juniper Networks Inc merupakan sebuah syarikat multinasional Amerika yang beribu pejabat di California, Amerika Syarikat (AS) dan merupakan peneraju yang terkenal dalam menyediakan rangkaian yang selamat, dipacu AI dan untuk membangunkan produk rangkaian yang ditakrifkan perisian canggih.

    Menawarkan sambungan tetap dan mudah alih, sambungan tem-patan dan antarabangsa serta perkhidmatan cloud dan pusat data, UNN telah bekerjasama dengan Juniper sejak 2020 bukan sahaja untuk daya tahan, kebolehskalaan dan keupayaan lanjutan, tetapi juga bagi kecekapannya bagi memenuhi garis masa pemodenan infrastruktur rangkaian UNN dan keperluan digital Brunei yang semakin meningkat tanpa gangguan.

    Pengiktirafan sebagai finalis dalam anugerah berkenaan menandakan betapa besarnya inovator rangkaian UNN dalam kalangan rakan globalnya yang telah meningkatkan ekosistem ICT negara untuk mengamalkan piawaian global terbaik dan menyampaikan pengalaman rangkaian yang mengubah cara orang berhubung, bekerja dan hidup.

    UNN telah diiktiraf sebagai salah satu daripada tiga finalis global dalam Kategori Kepimpinan 5G semasa Anugerah Elevate 2023 di Sunnyvale, California baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN UNN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda