Filem animasi Disney dan Pixar Inside Out 2 kekal mengungguli box office Amerika Utara, dengan memperoleh AS$57.4 juta pada hujung minggu ketiga di pawagam, menunjukkan angka daripada firma Comscore, baru-baru ini.
Susulan filem Inside Out 2015 itu berjaya mengaut AS$469.3 juta di Amerika Utara setakat Ahad lalu untuk jumlah AS$1,014.8 juta di seluruh dunia. Ia merupakan filem pertama yang melepasi pencapaian AS$1 bilion di box office seluruh dunia pada 2024.
Filem seram cereka sains Paramount A Quiet Place: Day One menduduki tempat kedua dengan AS$53 juta pada pembukaan tayangan hujung minggu. Filem yang dibintangi oleh Lupita Nyong’o dan Joseph Quinn itu turut menjana AS$45.5 juta di pasaran antarabangsa, termasuk hampir AS$10 juta dari China.
Satu lagi filem epik barat baharu Warner Bros, Horizon: An American Saga Chapter One dibuka dengan pendapatan AS$11 juta pada hujung minggu ini. – Xinhua