Tuesday, September 17, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Insiden pelakon hampir digigit anjing harus ditangani

    Susulan insiden pelakon Mia Nasir hampir digigit anjing jenis Rottweiler, aktres Anzalna Nasir tampil memberikan respon berhubung kejadian menimpa adiknya itu.

    Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 36, berkata meski pun anjing tersebut turut terlibat dalam pengambaran drama, namun isu keselamatan tidak boleh dipandang enteng oleh pihak produksi.

    “Kena lebih peka dalam isu ini walaupun katanya anjing itu berlakon juga tapi rottweiler kot, bukan anak anjing untuk ambil ringan,” katanya.

    Anzalna berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

    Dalam pada itu, Anzalna bersyukur kerana Mia sempat memberikan tindakan pantas membuatkan tenaga kerja produksi bertindak untuk menegah anjing tersebut.

    “Nasib baik Mia cepat bertindak dengan menjerit sekuat hati kalau tak memang hancur kaki adik saya,” katanya.

    Sebelum ini, Mia atau Nur Farah Md Nasir, 33, berdepan detik cemas apabila secara tiba-tiba diserang anjing jenis Rottweiler ketika berada di lokasi penggambaran sebuah drama.

    Menurut Mia, meskipun tidak mengalami sebarang kecedaraan namun kejadian tersebut hampir menyebabkan dia kehilangan nyawa. Dalam perkongsian video yang dimuat naik di Instagram miliknya menyaksikan anjing tersebut menggigit di bahagian betis sehingga seluarnya terkoyak.

    Aktres berkenaan terjatuh sebelum seorang kru produksi datang cuba menyelamatkan keadaan.

    Menurut Mia, anjing tersebut juga digunakan dalam drama lakonannya berjudul Andai Tiada Dia. – Agensi

    Anzalna bersuara terhadap insiden yang menimpa Mia (kanan). – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda