Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Insiden rempuhan Itaewon: Pejabat ketua polis diserbu

    SEOUL, 8 NOV – Pasukan penyiasat khas menyerbu pejabat ketua polis negara dan berpuluh-puluh pejabat lain hari ini bagi membantu siasatan berhubung insiden rempuhan di Itaewon yang mengorbankan sekurang-kurangnya 156 nyawa.

    Sebanyak 55 buah pejabat diserbu, termasuk pejabat Pesuruhjaya Agensi Polis Kebangsaan Yoon Hee Keun dan ketua Agensi Polis Metropolitan Seoul (SMPA) Kim Kwang Ho, lapor agensi berita Yonhap.

    Lokasi lain termasuk pejabat pegawai kanan risikan dan pemantauan situasi SMPA, Balai Polis Yongsan, ketua pejabat Wad Yongsan Park Hee-young, Ibu Pejabat Bomba & Bencana Metropolitan Seoul dan Balai Bomba Yongsan.

    Ibu pejabat Seoul Metro dan Stesen Kereta Api Bawah Tanah Itaewon turut digeledah.

    Pihak polis dan bomba serta pejabat Wad Yongsan, telah dikecam hebat ekoran pendedahan terdapat tanda amaran sebelum kemalangan maut pada 29 Oktober, tetapi mereka gagal bertindak balas tepat pada masanya. – Bernama

    Anggota polis mengawal kawasan di mana insiden rempuhan berlaku di Itaewon pada 30 Oktober lalu, yang meragut 156 nyawa. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...