Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Insiden tebusan, polis UK tahan dua lelaki

    LONDON, 20 JAN – Polis Britain hari ini menahan dua lelaki atas dakwaan berperanan dalam tawanan tebusan seorang lelaki Britain di sebuah rumah ibadat di Texas hujung minggu lalu.

    Lelaki berkenaan ditangkap di Birmingham di tengah England dan di Manchester di barat laut England pagi ini oleh pegawai pencegah keganasan, kata polis Greater Manchester dalam laman Twitter.

    Mereka ditahan dan disoal siasat oleh Polis Pencegah Keganasan North West.

    Seorang lelaki dari Blackburn di barat laut England, Malik Faisal Akram, 44 tahun, telah ditembak mati semasa insiden tebusan selama 10 jam Sabtu lalu.

    Empat tebusan termasuk seorang paderi semuanya dibebaskan tanpa kecederaan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...