MANILA, 7 OGOS – Seorang anggota polis maut dan dua lagi cedera parah dalam insiden tembakan di dalam sebuah balai polis di ibu negara Filipina sejurus sebelum tengah hari ini, kata ketua polis tempatan.
Ketua polis Kota Taguig di Metro Manila, Robert Baesa berkata bahawa seorang anggota polis menembak mati rakan sekerjanya selepas pertengkaran.
Seorang lagi pegawai polis, yang cuba campur tangan, turut ditembak dan dihantar ke hospital, tambahnya.
Baesa berkata, pegawai polis ketiga yang menyaksikan tembakan berkenaan menembak suspek sebelum mengawalnya.
Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca pergaduhan dan tembakan.
Sebuah video di media sosial menunjukkan anggota polis yang panik membawa seorang pegawai polis lelaki yang tidak sedarkan diri ke sebuah kereta polis. – Xinhua
