Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Insiden tembakan di Hackney ragut satu nyawa, dua cedera

    LONDON, 6 DIS – Seorang wanita maut dan dua lagi cedera berikutan kejadian tembakan di timur London, kata polis Britain kelmarin.

    Pasukan Polis Metropolitan berkata tiga orang ditemui dengan kesan tembakan selepas pegawai dipanggil ke tempat kejadian selepas menerima laporan tembakan di kejiranan Hackney di timur London.

    Seorang wanita berusia 42 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, kata polis, manakala dua lagi individu, seorang lelaki berusia 20 tahun dan seorang budak lelaki berusia 16 tahun, dibawa ke hospital.

    Polis berkata siasatan pembunuhan telah dilancarkan dan detektif sedang berusaha untuk mengenal pasti apa yang berlaku. Belum ada tangkapan dibuat, dan tiada butiran lain diperoleh dengan segera.

    Superintendan Detektif, Vicky Tunstall menyifatkan kejadian itu sebagai ‘mengejutkan.’ Jenayah senjata api agak jarang berlaku di London dan di United Kingdom.

    “Saya faham masyarakat mahukan jawapan tentang apa yang berlaku petang ini,” katanya.

    “Jenayah senjata api tidak mempunyai tempat di jalan-jalan di London dan kami akan melakukan segala yang mampu untuk menghadapkan sesiapa yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.” .

    Polis berkata pegawainya akan kekal di tempat kejadian dalam beberapa hari akan datang. – AP

    Fail foto menunjukkan tempat insiden tembakan berlaku berdekatan Vine Close di Hackney, timur London, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...