Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Insiden tembakan di kelab malam ragut 8 nyawa

    QUITO, 11 OGOS – Lapan orang terkorban dan tiga lagi cedera kelmarin apabila sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah orang ramai di luar sebuah kelab malam di Santa Lucia, di wilayah barat Guayas, Ecuador, lapor Xinhua memetik media tempatan.

    Menurut laporan media, kumpulan bersenjata itu tiba di kelab malam berkenaan awal pagi kelmarin dengan menaiki dua buah kereta dan melepaskan tembakan ke arah mereka yang berada di tempat kejadian.

    Polis memaklumkan seorang daripada mangsa yang terbunuh, Jorge Urquizo, merupakan adik kepada Datuk Bandar Santa Lucia, Ubaldo Urquizo.

    Wilayah Guayas mencatatkan peningkatan mendadak membabitkan jenayah keganasan, yang kebanyakannya didorong oleh aktiviti kumpulan samseng.

    Pada 6 Ogos, Presiden Ecuador Daniel Noboa mengisytiharkan darurat selama 60 hari di empat wilayah, termasuk Guayas dan Manabi, dengan alasan berlakunya ketidakstabilan dalaman yang serius. – Bernama

    Gambar Envato

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...