HOUSTON, 2 APRIL – Tiga orang terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah bar pada malam Sabtu di bandar Oklahoma, Amerika Syarikat.
Polis menerima laporan berhubung insiden berkenaan di Whisky Barrel Saloon sekitar jam 9 malam waktu tempatan, menurut media tempatan.
Mereka yang mengalami kecederaan telah dimasukkan ke hospital, dengan seorang dilaporkan dalam keadaan kritikal manakala dua lagi mengalami kecederaan ringan, menurut Jabatan Polis bandar Oklahoma.
Seorang suspek telah ditahan dan siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan. – Bernama/Xinhua
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/04/P12-2a-web-OKLAHOMA_03042023.jpg)