Wednesday, October 23, 2024
22 C
Brunei

    Berita Terkini

    Insiden tembakan rambang di Washington ragut 5 nyawa

    WASHINGTON, 22 OKT – Seorang remaja lelaki ditahan susulan kematian lima orang termasuk tiga kanak-kanak dalam satu insiden tembakan di Washington kelmarin, lapor United Press International (UPI).

    Pihak berkuasa bergegas ke lokasi selepas menerima laporan mengenai insiden tembakan rambang di sebuah rumah di kawasan Fall City, sejurus sebelum 5 pagi kira-kira 25 batu di timur Seattle.

    Lima mangsa ditemukan mati di dalam rumah berkenaan dan suspek cuba menggantung diri, menurut paramedik dan pasukan kecemasan.

    Seorang mangsa wanita dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

    Walaupun pihak berkuasa belum mengesahkan hubungan suspek dengan mangsa, mereka menyifatkan kejadian sebagai ‘kemungkinan kes keganasan rumah tangga.’

    Seorang remaja lelaki ditahan dan kini berada di Pusat Tahanan Juvana King County.

    “Amat menyedihkan. Sangat mengganggu. Saya yakin pasukan saya akan menjalankan siasatan dengan terperinci dan kami akan menentukan fakta berkaitan insiden ini,” kata Syerif King County, Patti Cole-Tindall.

    Umur dan identiti mangsa belum didedahkan, lapor UPI. – Bernama

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda