Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inspirasi gabungan gaya moden dan tradisi

    Oleh Zanyra Dawoud

     

    MENERAPKAN konsep dari negara kelahiran, Iran yang juga dikenali sebagai Parsi telah menjadikan koleksi rekaan busana bagi musim bunga yang dihasilkan oleh Nobi Talai ini kelihatan jelas cukup istimewa.

    Tambahan lagi sebanyak 18,000 kristal dari Swarovski dan mutiara yang terpilih juga menjadi antara sebahagian daripada pelengkap gaya pada rekaan busana yang dihasilkan.

    Menyentuh mengenai fabrik yang digunakan untuk menzahirkan busana dalam koleksi ini pula terdiri daripada gabungan fabrik dari lapisan organza, tulle, cotton, wool dan juga kulit di mana pereka ini jelas sangat bijak dalam menzahirkan gaya yang sanagat elegan dan menarik.

    Di samping itu, fabrik tradisi dikenali sebagai Termeh yang memiliki motif dan corak bunga yang sangat unik dan tersendiri turut ditampilkan pada rekaan busana di dalam koleksi terbaru ini.

    Antara rekaan menarik yang ditampilkan adalah gaya kardigan panjang berwarna kelabu yang dipadankan bersama dengan baju di bahagian dalam yang memiliki motif tradisi sekaligus menzahirkan gaya ketimuran yang sopan namun tetap kelihatan bergaya.

    Bagi wanita yang ingin tampil bergaya pula, Nobi Talai turut menghasilkan rekaan menarik pada beberapa bahagian bahu yang kelihatan agak mengembang ketika berjalan tambahan lagi ia ditampilkan pada warna hitam yang sangat menawan.

    Dalam menzahirkan motif tradisi berasaskan fabrik bernama Termeh, Nobi Talai juga turut menghasilkan gaun kuning yang indah dilengkapi bersama dengan skirt yang memiliki motif tersebut sekaligus menggabungkan gabungan gaya moden dan tradisi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda