Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inspirasi penulis berusia 101 tahun Romania

    DI TENGAH-TENGAH perhimpunan gerakan antikerajaan di ibu kota Romania, Bucharest, terdapat sebuah nama yang sering disebut-sebut oleh kebanyakan orang ramai yang berkumpul di luar bangunan ibu pejabat kerajaan, lelaki yang berusia 101 tahun itu dilihat sebagai satu cahaya petunjuk kepada hala tuju mereka.

    Sebaik sahaja dia berjalan perlahan melalui kawasan perhimpunan itu, ahli falsafah Mihai Sora, yang mempunyai sekitar 100,000 pengikut di Facebook, telah berjaya menarik perhatian daripada orang ramai itu.

    “Awak adalah sumber inspirasi kami, terima kasih Maestro,” kata salah seorang daripada mereka manakala yang lain pula berteriak.

    Sora sering kali berpaling dengan menggunakan topi hitamnya daripada kilauan kamera TV namun dia tidak sabar untuk menyatakan alasannya menyertai protes itu yang mengutuk tindakan kempen kerajaan terhadap satu dakwaan salah laku oleh badan kehakiman negara tersebut.

    “Saya adalah penduduk yang menyedari bukan sahaja hak akan tetapi juga peranan di mana saya perlu melengkapinya apabila negara dalam gejala persimpangan yang salah,” kata Sora kepada AFP semasa perhimpunan protes itu.

    Sora, yang menerangkan dirinya sebagai ‘lelaki untuk keadilan’, mendesak ketua politik itu untuk melihat keadaan realiti sebenar, tidak hanya tergantung kepada keinginan mereka sendiri. – AFP

    Sebelum ini, dia dikenali melalui beberapa esei tentang ilmu filosopi, kini Sora melihat tempatnya bersama para penunjuk perasaan bagi menentang apa yang mereka rasakan salah iaitu untuk menentang dan melawan rasuah.

    Semangat virus berjangkit

    Penunjuk perasaan berkata bahawa pihak kerajaan yang diketuai oleh Sayap Kiri Demokratik Parti Sosial (PSD) mencuba untuk melindungi sesetengah kumpulan mereka yang berkedudukan tinggi dari masalah yang timbul dari undang-undang yang sah.

    Pada minggu yang lalu, Mahkamah Besar Romania telah menjatuhkan Ketua PSD, Liviu Dragnea, tiga tahun setengah penjara, untuk kali kedua setelah dua tahun berturut-turut kerana dilihat sebagai seorang ahli politik yang sangat berkuasa di negara itu.

    Sora, yang menerangkan dirinya sebagai ‘lelaki untuk keadilan’, mendesak ketua politik itu untuk melihat keadaan realiti sebenar, tidak hanya tergantung terhadap keinginan mereka sendiri,” jelasnya lagi.

    “Apa yang membimbangkan saya ialah terhadap nasib jangka masa negara ini. Romania memerlukan trajektori yang jelas. Ia tidak akan membawa kepada satu pusingan yang salah,” tambahnya lagi kepada media.

    Setiap kali mengikuti gerakan protes itu, Sora akan menaiki Metro setiap hari dan kadangkala ditemani oleh isterinya, yang telah dikahwininya semenjak empat tahun yang lalu ketika di usia 98 tahun.

    “Semangatnya itu sangat berbisa,” kata salah seorang penunjuk perasaan dan pakar ekonomi, Tincuta manakala seorang lelaki yang berusia 36 tahun, Georgiana berkata bahawa kehadirannya di Square Victory merupakan satu pengajaran buat belia-belia muda.

    Sebelum ini Sora dikenali melalui beberapa esei tentang ilmu falsafah tetapi kini dia melihat tempatnya bersama penunjuk perasaan bagi menentang apa yang mereka rasakan salah iaitu untuk menentang dan melawan rasuah. – AFP

    “Sora turut melambangkan kebenaran dan keadilan,” kata Laurentiu, berusia 63 tahun, tersentuh apabila dapat bersua muka bersama dengan Sora.

    “Ketepi, orang tua”

    Sora, dilahirkan pada tahun 1916, telah berjaya mengadaptasi teknologi baharu dan media sosial.

    Laman media sosialnya baru-baru ini telah memasukkan beberapa isu yang berlaku semasa perhimpunan protes itu di mana seorang sekuriti berkata kepadanya, “Ke tepi, orang tua!.” Sora juga sering kali mencampurkan unsur-unsur lucu terhadap bahan-bahan kreatifnya bagi mengkritik pihak kerajaan Romania.

    Selepas medium yang digunakan mencetuskan konflik pada awal bulan ini di mana Sora menyamakan pihak lawannya sebagai ‘Tikus’. Sora telah menggunakan perkataan Romania ‘tikus’ untuk mencipta satu kata laluan di media sosial namun kekaguman Sora itu belum lagi mencapai universal.

    Dia turut mengkritik kebanyakan kerja-kerjanya yang dihasilkan pada akhir tahun 1940-an untuk pihak komunis yang mana ketika itu mengawal Menteri Luar Negeri, namun selepas kembali ke Romania dari Perancis, Sora berkata bahawa dia merancang untuk kembali ke Romania untuk beberapa hari akan tetapi tersekat di sini disebabkan oleh keturunan tirai besi.

    Dia menjumpai dirinya sendiri sebagai target oleh gerakan polis rahsia, namun sekarang dengan satelit Soviet dan dipecat dari beberapa buah pekerjaan. “Dalam beberapa tahun, saya menjadi sasaran perisik, perbualan telefon saya sering dirakam dan surat-surat saya sentiasa dibuka,” tambahnya lagi kepada media.

    Tetapi masa lampaunya itu tidak merisaukan orang sekelilingnya yang ingin mendengar ucapannya ketika demontrasi dijalankan walaupun dia masih malu-malu.

    “Saya telah datang untuk menjadi salah seorang daripada anda yang telah menderita, saya mahu keadilan di titik beratkan,” tambah Sora lagi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda