
SEBAUH, 30 Dis – Cantik serta memberi inspirasi, itu mungkin ayat paling ringkas untuk meng-gambarkan perasaan sebaik melangkah masuk ke dalam Rumah Jangu Ladong Tahir (Rh Jangu Tahir) yang terletak di Kilometer 15, Jalan Ulu Sebauh.
Menurut Timbalan Tuai Rumah Sidin Dian, rumah panjang masyarakat Iban itu mula dibina sejak tahun 2000, selepas bekas tuai rumah mendiang Tahir Kalau membawa penduduk ber-pindah dari lokasi asal yang terletak di tepi Sungai Tebas untuk memudahkan mereka menerima kemudahan seperti akses jalan raya, elektrik dan air.