Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Instagram didenda salah guna data peribadi remaja

    LONDON, 6 SEPT – Badan pengawal selia teknologi Ireland mengenakan denda besar ke atas Instagram selepas siasatan mendapati platform media sosial itu menyalahgunakan maklumat peribadi remaja, iaitu satu kesalahan di bawah undang-undang privasi data Kesatuan Eropah (EU) yang ketat.

    Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland berkata bahawa ia membuat keputusan muktamad minggu lalu untuk mengenakan denda berjumlah AS$402 juta ke atas syarikat itu, namun butiran penuh tidak akan dikeluarkan sehingga minggu depan.

    Penalti itu adalah yang kedua terbesar yang pernah dikeluarkan di bawah peraturan privasi ketat EU, selepas pengawal selia Luxembourg mengenakan denda 746 juta euro ke atas Amazon pada tahun lepas.

    Syarikat induk Instagram iaitu Meta, berkata ia telah memberi kerjasama penuh kepada pengawal selia sepanjang siasatan dijalankan dan membantah cara denda itu dikira serta akan membuat rayuan.

    Siasatan badan pemantau Ireland mendapati Instagram memaparkan butiran peribadi pengguna remaja, termasuk alamat e-mel dan nombor telefon. Umur minimum untuk pengguna Instagram adalah 13 tahun. Instagram tampil beri penjelasan bahawa siasatan berkenaan dijalankan ke atas versi lama media sosial berkenaan dan kini ia sudah mengetatkan privasi pengguna remaja. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda