Akaun Instagram bekas anggota kumpulan Big Bang, Seungri hilang selepas berita dia dijatuhi hukuman penjara selama satu tahun enam bulan pada 26 Mei lalu.
Menerusi laporan Allkpop, akaun laman sosial tersebut dipercayai telah dipadam sebaik saja selebriti tersebut disabitkan dengan kesalahan melibatkan seksual.
Akaun tersebut sudah dipadam oleh pihak Instagram pada Isnin lalu susulan berita Seungri dijatuhkan hukuman atas perbuatan jenayah yang dilakukannya.
Untuk rekod, Seungri disabitkan dengan sembilan kes jenayah termasuklah pelacuran, perjudian sehingga ke peringkat antarabangsa, pembikinan konten porno serta melakukan ugutan pada tahun 2020.
Susulan itu, bekas penyanyi berusia 32 tahun tersebut dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara oleh High Milatary Court sebelum membuat rayuan. – Agensi
