Kumpulan pemuzik, Okestra Tradisional Malaysia (OTM), ‘Instamuzika’ akan membuat persembahan pada Festival Muzik ASEAN India (AIMF) 2022 di Purana Qila pada 18 hingga 20 November ini. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan penyertaan kumpulan tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat antarabangsa mengenai alat muzik tradisional yang terdiri daripada kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia.